Kesunyian sering terbit apabila sentiasa bersendirian, tanpa ada siapa pun yang benar2 peduli...sedangkan naluri manusia memang ingin merasakan dirinya istimewa, ingin dikagumi dan dipercayai.
Siapa yang tidak mahu ya...pabila kita muncul ada seseorang di hujung sana yang terlihat kita terus menguntum senyum, matanya bersinar dan hatinya bernyanyi...hari yang kelabu bertukar warna seperti pelangi...siapa yang tidak akan rasa tersanjung pabila disambut dengan tangan terbuka...
Siapa yang takkan lebur hatinya pabila ada seseorang yang sentiasa percaya, walaupun kita sering saja terdorong untuk ke belakang, tapi tanpa sentuhan..hanya dengan kata-kata..dia menolak kita ke hadapan dan sering mengatakan YES, YOU CAN DO IT...
Apa yang aku rasakan kini, hanya DIA yang tahu. Tuhanku, bimbinglah diri ini. Berikanlah aku kekuatan dan tolong jangan lepaskan diriku dari tali Mu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment